Monday, January 22, 2007



KEK KEJU GEBU [NoorMasri]

Bahan-bahan:
400 g krim keju
150 g gula castor
25 g tepung kastad
100 ml krim putar
48 ml susu segar
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 1/2 sudu teh serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuat:

Putar krim keju, 120 g gula dan susu hingga gebu.
Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar hingga sebati.
Tuangkan krim putar, kacau rata.
Masukkan pula tepung kastad dan vanilla. Gaul sebati.
Di dalam mangkuk bersih, putar putih telur dengan baki gula hingga kental.
Kaup balikkan putih telur ke dalam adunan krim keju.
Asingkan adunan sebanyak 5 sudu besar dan campurkan dengan serbuk koko.
Ratakan baki adunan di dalam tin bulat 19 cm yg dialas dasarnya dgn kertas kalis minyak.
Sudukan adunan berkoko di atasnya dan lorekkan spt marmar dgn menggunakan garpu atau lidi sate.
Letakkan tin di dalam dulang berisi air panas mencecah separuh tin.
Bakar pada suhu 140 'C selama 1 jam atau sehingga masak.
Biar sejuk sebelum dipotong.

Dari Noormasri..utk koleksi peribadi sahaja..

1 comment:

fsj said...

lazat, kelihatan sungguh menyelerekan :)